[Pengenalan][Pembelajaran
Berpusatkan Murid]
[Strategi Pembelajaran]
[Gaya
Pembelajaran & Pelbagai Kecerdasan]
[Pembelajaran
Bersifat Individu][Pembelajaran
Berbantukan Teknologi][Pemudahcaraan
Bestari]
[Pembelajaran
Berdaya Fikir][FAQ][webmaster][Laman
Utama]
Pengajaran
dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan
di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar
atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran
dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran
berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran
daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa.
Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi
di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan
guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.
Strategi
ke arah pembelajaran berpusatkan murid
-
Mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan
mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
-
Memberi peluang kepada
pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
-
Melibatkan pelajar dalam
membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan
kelemahan pelajar.
-
Memberi pelajar kebebasan
membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
-
Mewujudkan prosedur pemantauan
agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.
-
Menentukan kriteria penilaian
secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
-
Merancang penilaian berterusan
secara kolaboratif.