[Pengenalan][Pembelajaran Berpusatkan Murid] [Strategi Pembelajaran] [Gaya Pembelajaran & Pelbagai Kecerdasan]
[Pembelajaran Bersifat Individu][Pembelajaran Berbantukan Teknologi][Pemudahcaraan Bestari]
[Pembelajaran Berdaya Fikir][FAQ][webmaster][Laman Utama]



Strategi Pembelajaran

Pengenalan
Strategi Direktif
Strategi Pemerhatian
Strategi Mediatif
Strategi Generatif
Strategi Kolaboratif
Strategi 'Outside Context'
Strategi Metakognitif

Pengenalan

Di sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran.  Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar.  Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.

Jenis-Jenis Strategi

Strategi Direktif
Pelajar belajar melalui penerangan tentang konsep/kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru.

Contoh : Kuliah, latih-tubi
 

Strategi Pemerhatian
Pelajar belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran.

Contoh : Demonstrasi, ‘modelling’.

Strategi Mediatif
Pelajar belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong pelajar.


Contoh: ‘dialectical reasoning’, ‘concept attainment’, ‘concept formation’, ‘inquiry training’, ‘open-ended discussion.’

Strategi Generatif
Murid digalakkan menjanakan idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar  menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.

Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, ‘synectics’, pemikiran lateral dan kreatif, metafora

Strategi Kolaboratif
Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masaalah.

Contoh: Pembelajaran koperatif

Strategi ‘Outside-context’
Pelajar belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa.

Contoh: Seminar, bengkel, projek

Strategi Metakognitif
Pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang difikirkan:


Contoh: Penulisan journal refleksi

[Pengenalan][Pembelajaran Berpusatkan Murid] [Strategi Pembelajaran] [Gaya Pembelajaran & PelbagaiKecerdasan]
[Pembelajaran Bersifat Individu][Pembelajaran Berbantukan Teknologi][Pemudahcaraan Bestari]
[Pembelajaran Berdaya Fikir][FAQ][webmaster][Laman Utama]