[Pengenalan][Pembelajaran Berpusatkan Murid] [Strategi Pembelajaran] [Gaya Pembelajaran & Pelbagai Kecerdasan]
[Pembelajaran Bersifat Individu][Pembelajaran Berbantukan Teknologi][Pemudahcaraan Bestari]
[Pembelajaran Berdaya Fikir][FAQ][webmaster][Laman Utama]



Pembelajaran Berdaya Fikir

Pengenalan
Strategi Guru
Perlakuan Pelajar
 

Pengenalan
Pembelajaran Berdaya Fikir merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks. Untuk tujuan ini, guru hendaklah melaksanakan pelbagai strategi yang dapat mencabar pelajar serta memberi peluang kepada mereka berfikir secara aktif.  Cara guru mewujudkan pembelajaran berdaya fikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat kita kesan dalam salah satu daripada senario-senario di bawah.
Senario manakah yang memperlihatkan pembelajaran berdaya fikir?
Senario A
 
 
Cikgu Ali sedang mengajar pelajaran kesusasteraan di Kelas 4A.Beliau inginkan pelajar-pelajarnya membuat ramalan tentang akibat beberapa peristiwa dalam cerpen yang baru dibaca.Beliau telah menyediakan beberapa soalan yang boleh merangsang pemikiran pelajar-pelajarnya.
 
Cikgu Ali mengemukakan soalan pertama kepada kelasnya dan terus meminta Aminah menjawab soalan itu.Keadaan agak sepi seketika.Tanpa sabar, beliau mengutarakan soalan kepada Beng, pelajar lelakinya yang sering memberikan jawapan yang ‘baik’.Sebagaimana dijangkakan, Beng telah memberikan jawapan yang amat menarik dan Cikgu Ali segera mengesahkan jawapan tersebut.Selepas itu, beliau terus beralih kepada soalan selanjutnya dan meminta pelajar-pelajar yang difikirkan dapat memberikan jawapan untuk menjawabnya, serta tanpa membuang masa terus menyelesaikan soalan-soalan yang disediakan.

Senario B 

Cikgu Ahmad sedang mengajar pelajaran kesusasteraan di Kelas 4B. Beliau inginkan pelajar-pelajarnya membuat ramalan tentang akibat beberapa peristiwa dalam cerpen yang baru dibaca. Beliau telah menyediakan beberapa soalan yang merangsang pemikiran untuk membimbing mereka.

Cikgu Ahmad mengemukakan soalan pertama kepada kelasnya dan menunggu dengan tenang.Beliau memerhatikan muka pelajar-pelajarnya untuk menentukan tanda-tanda mereka faham, sambil membuat kiraan sepuluh di dalam hati.Beliau melihat Hassan mengangkat tangan dengan pantas, tetapi tidak memanggilnya secara terburu-buru.Perlahan-lahan kelihatan lebih ramai pelajar mengangkat tangan.Selepas itu, beliau memanggil seorang demi seorang.Beliau menerima seberapa banyak respon bagi setiap soalan tanpa menghakiminya.Kadang-kala, beliau menjawab, “Ya” atau ‘uh-huh’ dan menganggukkan kepala.Apabila seorang pelajar bertanya kepadanya : ”Adakah jawapan itu baik?”.Cikgu Ahmad akan bertanya kepadanya: “Apakah pendapat anda?”

Jawapan:  Senario B. Dalam senario ini, Cikgu Ahmad telah mengamalkan beberapa strategi yang mengalakkan pelajar-pelajarnya berfikir secara aktif. Contohnya, Cikgu Ahmad mengambil masa menunggu respon daripda pelajar dan menerima pelbagai respon yang diberi oleh pelajar tanpa membuat tanggapan nilai.
Strategi Guru
Guru hendaklah
Perlakuan Pelajar
Pelajar hendaklah
  • melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
  • mengambil masa yang cukup untuk berfikir tentang tugasan yang diberi.
  • terus berusaha menyelesaikan tugasan meski pun sukar.
  • memberi justifikasi kepada jawapan yang diberi
  • memberi pelbagai respon kepada satu soalan.
  • mengemukakan soalan yang memerlukan pemikiran pada tahap complex tentang apa dipelajari
  • menggunakan perbendaharaan kata yang tepat dan spesifik dalam respon mereka.
  • mendengar dengan terliti apa yang direspon oleh pelajar lain.

  • memikirkan apa yang difikir.

    [Pengenalan][Pembelajaran Berpusatkan Murid] [Strategi Pembelajaran] [Gaya Pembelajaran & PelbagaiKecerdasan]
    [Pembelajaran Bersifat Individu][Pembelajaran Berbantukan Teknologi][Pemudahcaraan Bestari]
    [Pembelajaran Berdaya Fikir][FAQ][webmaster][Laman Utama]